*Pemandangan indah menuju ke Jungfraujoch (Top of Europe), Switzerland.

Jumaat, 6 Disember 2013

TWU - BKI via Kalabakan / Keningau / Tambunan.

Selesai program di Tawau selama tiga hari dan akan sambung berprogram di Kota Kinabalu beberapa hari. Kebetulan memandu sendiri ke Tawau tempoh hari, kali ini mahu cuba ke Kota Kinabalu melalui Kalabakan, Keningau dan Tambunan. 

Kali kedua guna laluan ini tapi kali pertama memandu sendirian dan di siang hari - bolehlah menikmati pemandangan sepanjang perjalanan nanti. Kalau dulu melalui jalan ni pada waktu malam dan berteman. 

Papan tanda jarak yang hampir tiada, meninggalkan tanda tanya berapa lamakah perjalanan ini akan mengambil masa. Jadi, sebelum memulakan perjalanan, setting trip mileage, dan masa.

12.35pm - Memulakan perjalanan dari Jalan Utara, Tawau menuju ke Kalabakan. 





Burung-burung mengiringi permusafiran.

Kondisi jalan raya semakin baik berbanding pengalaman kali pertama dulu tahun 2010. Walaupun beberapa kawasan 'tradisi' tanah runtuh seolah-olah tak dapat dibaik pulih.




Beberapa lencongan disebabkan tanah runtuh.



 
Jalan raya yang elok. 

Masih terdapat laluan sejauh +-40km yang masih belum berturap. Walau bagaimanapun jalan gravel yang halus boleh dikatakan agak selesa untuk memandu laju. 






Akhir penderitaan..

Jalan ini sunyi. Tak banyak kenderaan biasa yang gunakan laluan ni. beberapa kali saja terserempak dengan kereta dan motor. Cabaran utama untuk kekalkan jalan dalam keadaan baik ialah lori balak.





Tempat menarik yang ada di sepanjang laluan ini (menarik ke) antaranya; Taman Bukit Tawau, Tugu Peringatan Kalabakan, Asiatic Organic Farm & Longhouse Resort, Maliau Basin Conservation Area, Tugu Peringatan Mat Salleh, Pusat Penerangan Rafflesia dan bla bla bla..

Dalam perjalanan ni tak sempat nak singgah semua tempat. Jadi, yang tak singgah tu snap2 dari dalam kereta je signboardnya.


KM16 - Taman Bukit Tawau 



+- KM70 - Tugu Peringatan Kalabakan. Konfrontasi Indonesia terhadap penubuhan Malaysia turut berlaku di Kalabakan. Tentera Indonesia telah menyerang hendap pos tentera Malaysia di Kalabakan pada malam 29 Disember 1963 dan telah mengorbankan 8 wira negara.

 
Shot tak jadi. Apa pun, ni ialah Asiatic Organic Farm Longhouse & Resort. Maklumat lanjut boleh baca blog cewek ni 

http://nurhafsahamboupe.blogspot.com/2013/09/asiatic-organic-farm-longhouse-resort.html?m=1

+-KM 163 - Maliau Basin Conservation Area 






Sebaik menjejakkan kaki keluar, terasa suasana amat mendamaikan. Kicauan unggas jelas kedengaran dan bersahut-sahutan. Tidak berkesempatan nak jelajah seluruh kawasan konservasi masa ni, harap-harap ada peluang satu hari nanti. 

Untuk info lanjut: http://www.maliaubasin.info/

 
Setelah memandu +-220KM perjalanan masih berbaki 252KM. Baru jelas, perjalanan ni sejauh +-470KM.


 
Sekolah panjang, Kg Salarom Taka, Nabawan.


Sapulut Forest Development.


Hotel Juta, Keningau. 5.45pm baru sampai ke Keningau. 



Tugu Peringatan Mat Salleh dan Pusat Penerangan Rafflesia di Tambunan.

 
Penampang.


Selamat datang ke Kota Kinabalu! Perjalanan dari Tambunan diiringi dengan hujan sekejap-sekejap renyai dan lebat. 

8.35pm, selamat sampai ke KK setelah menempuh 8 jam perjalanan merentasi laluan sejauh +-470KM. Harap-harap kualiti jalan raya di sepanjang laluan ni akan terus ditambah baik dari semasa ke semasa untuk kemudahan rakyat jelata.

Selasa, 3 Disember 2013

LDU - TWU via Kunak

Mengimbau semula kali pertama datang ke sini lima tahun lalu. Kenangan manis menghiris kalbu.


Pelangi indah muncul seketika..

Ahad, 25 Mac 2012

BALI - Day 2 - Dreamland Beach, Pura Uluwatu dan Jimbaran

Hiasan di bulatan jalan juga bermotifkan dewa-dewa.
1400 - Setelah menghabiskan masa googling tentang Bali menanti hujan reda, kami mendapatkan Pak Supir. Biasanya mudah didapati di sekitar hotel penginapan. Kami mengusulkan untuk pergi ke Uluwatu, yang terletak di bahagian southwest Pulau Bali. Setelah berbincang, bayaran yang dikenakan Rp300.000 untuk setengah hari sehingga malam termasuk bayaran masuk dan parking lot. Kalau punya kemahiran negosiasi yang tinggi, mungkin boleh dapat harga yang lebih murah.



Kempen yang baik juga menampilkan watak  sedemikian.
Apa yang menarik? Sepetang itu tempat pertama kami singgah ialah Pantai Dreamland yang terletak dalam kawasan Pecatu Indah Resort. Kali ni pantainya berpasir keemasan, airnya biru jernih, dengan ombak kuat dan ada pengunjung yang meluncur di situ. 

Sesampai di Dreamland, disajikan pemandangan ini.

New Kuta Beach a.k.a Dreamland Beach


Pengunjung bersantai di atas bukit menanti terbenamnya matahari.


Nak mencuba tapi tak tercuba.


Nak masuk ke Dreamland perlu melalui pos pengawal resort ini.
Siap scan kereta kot-kot ada bom mungkin.

1700 - Bertolak ke Pura Uluwatu yang menyajikan panorama alam semulajadi yang indah. Sangat indah! Subhanallah. Hasratnya nak menyaksikan sunset dari tebing bukit, tapi petang itu sunSAD lah pulak.. Maklumlah, lepas hujan. Pura Luhur Uluwatu atau Pura Uluwatu merupakan pura yang berada di wilayah Desa Pecatu, Kecamatan Kuta, Badung, terletak tinggi di atas anjungan tebing bukit. 



sunsad.


U jump i'm not jump.


Pura Uluwatu di atas tebingan.

Pemandangan di kiri dan kanan tebing bila berada di tengah-tengahnya.


Berhati-hati dan berwaspada dengan monyet yang banyak.
Sentiasa mencari peluang untuk meragut apa sahaja.

Tempat 'sembahyang'.


1800 - Sempat juga menyaksikan Tarian Kecak yang menjadi tarikan harian kepada pelancong di situ dan bayaran Rp80.000 dikenakan untuk seorang. Ni tak termasuk bayaran Rp300.000 tadi sebab, nak masuk Pura tadi pun dah kena bayar dulu. Hmmm... Tarian berdurasi hampir sejam ini semestinya menonjolkan pengaruh Hindu dalam kehidupan masyarakat Bali. Watak utama dalam tarian ni antaranya ialah Ramayana, Sita dan Hanuman si monyet. Agak meremang dan seriau jugaklah menonton persembahan tarian ni. Hampir ke klimaks tarian, Hujan sekali lagi turun dengan lebatnya. Sempat menyaksikan sedikit adegan fire dance si Hanuman menyepak-nyepak api sebelum bergegas balik ke kereta dengan basah kuyup.. Owh, sejuknya! menggigil macam kucing kena air.. 


Permulaan persembahan. 'Kechak-kechak' sentiasa dibunyikan dianggap mirip bunyi monyet. 

Kelihatan Sita dan lain-lain watak di situ.


Hanuman muncul dari celah-celah penonton.




Hujan dah mula turun.

Menumpang teduh nampak. Payung pun terbang terbalik dek angin kencang.

Klimaks fire dance

Angkat kaki. Hujan makin lebat.
Perjalanan balik yang basah dan sejuk, kami lalu di Jimbaran - tempat yang terkenal dengan banyaknya restoran makanan laut. Sememangnya banyak pilihan dan merambangkan mata bagi yang sangat meminati seafood. Kalau biasa dengan tempat makan di Senibong, Johor Bahru, lebih kurang begitulah konsepnya. Hujan yang agak reda walau bagaimanapun kembali lebat sebaik kami keluar dari kereta. Jadi, kami balik ajelah ke hotel.  

Deretan restoran yang menawarkan seafood di Jimbaran. Kena masa dan cuaca,
tempat ni memang sesuai untuk candle light dinner dan beromantika bulan madu.




Turun kereta je hujan lebat. Baliklah ye, letih...

Lena tidur dibuai mimpi bila hujan sampai ke pagi.