*Pemandangan indah menuju ke Jungfraujoch (Top of Europe), Switzerland.

Jumaat, 30 April 2010

Kota Bharu, Kelantan

Selama setahun setengah melanjutkan pelajaran di Kelantan atau dikenali juga sebagai 'Serambi Mekah' saya berpeluang untuk pergi ke segenap pelosok tempat dan daerah di negeri tersebut. Tempat-tempat yang belum sempat pergi sebelum ini, lain kali cuba cari peluang untuk jejakkan kaki ke sana. Antara tempat-tempat tersebut:



Pusat 'Bandaraya Islam Kota Bharu' dan sekitarnya. Saban hari ada saja keperluan ke bandar Kota Bharu sama ada untuk membeli barang keperluan, makan-makan di Rong Seri mahupun sekadar cuci mata.

Rantau Panjang, terkenal dengan barangan murah tidak kira perkakas dapur seperti periuk belanga, pakaian seperti jersi pasukan bola sepak antarabangsa (jersi pasukan Kelantan ada tak), kain batik dan pelikat, serta barangan makanan terutamanya beras Siam dan lain-lain.