*Pemandangan indah menuju ke Jungfraujoch (Top of Europe), Switzerland.

Rabu, 30 Jun 2010

Pantai Sri Tujuh, Tumpat

Cuti semesta yang pertama melibatkan diri dengan aktiviti luar. Untuk kali pertama ini, lokasi perkhemahan yang dipilih ialah Pantai Seri Tujuh, Tumpat, Kelantan. Walaupun jauh berubah berbanding kali pertama datang pada tahun 2000, namun pengalaman menyeronokkan bersama teman baru di tempat baru.



Posted by Picasa

Jumaat, 30 April 2010

Kota Bharu, Kelantan

Selama setahun setengah melanjutkan pelajaran di Kelantan atau dikenali juga sebagai 'Serambi Mekah' saya berpeluang untuk pergi ke segenap pelosok tempat dan daerah di negeri tersebut. Tempat-tempat yang belum sempat pergi sebelum ini, lain kali cuba cari peluang untuk jejakkan kaki ke sana. Antara tempat-tempat tersebut:



Pusat 'Bandaraya Islam Kota Bharu' dan sekitarnya. Saban hari ada saja keperluan ke bandar Kota Bharu sama ada untuk membeli barang keperluan, makan-makan di Rong Seri mahupun sekadar cuci mata.

Rantau Panjang, terkenal dengan barangan murah tidak kira perkakas dapur seperti periuk belanga, pakaian seperti jersi pasukan bola sepak antarabangsa (jersi pasukan Kelantan ada tak), kain batik dan pelikat, serta barangan makanan terutamanya beras Siam dan lain-lain.

Selasa, 23 Mac 2010

GURINDAM BARIS HADAPAN

Tidak berbuat walaupun tahu,
diambil pengayuh dibuang perahu.

Tidak tahu tapi berbuat,
kayuh perahu di atas darat.

Banyak bercakap tak baca buku,
macam membawa duit tak laku.

Kurang berfikir rajin membangkang,
bila-bila pun baris belakang.

Jika ilmu dikaji teliti,
di sungai cabaran tersedia titi.

Ilmu dituntut dengan tabah,
yakin diri bertambah-tambah.

Membaca buku karangan tokoh,
bagai berpaut di dahan kukuh.

Kembang ilmu tegap wibawa,
seluruh rakyat tidak kecewa.

*Rahman Shaari

*Beliau merupakan Profesor di Jabatan Pengajian Media, Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya. Karya beliau ini telah dimuatkan dalam Misi, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1996 selain Antologi Puisi bagi Komponen Sastera Bahasa Melayu bagi Zon Selatan pada tahun 2001. Gurindam Baris Hadapan ini sarat dengan peringatan dan penekanan aspek ilmu bagi memastikan kesejahteraan hidup. Sama-samalah kita hayatinya...

Jumaat, 29 Januari 2010

Fasa Kehidupan


Mari kita singkap semula memori kenangan silam. Agak-agaknya apakah peristiwa terawal yang menyedarkan bahawa kita telah hidup di dunia ini? Adakah kita pernah terfikirkan hal ini? Bagi saya, peristiwa terawal yang masih ada kotak memori ialah pada usia tiga tahun, saya menangis sambil berlari-lari sebab nak ikut abang-abang bermain layang-layang sehingga terjatuh ditangga. Kesannya masih ada dibawah bibir ini. Beberapa peristiwa lain juga masih tersimpan kemas dalam memori ini. Bagaimana dengan anda? Kongsikan di sini jika ada.

Rabu, 27 Januari 2010

Dunia Baru Media Baru

Hari ini, 11 Safar 1431 bersamaan 27 Januari 2010 merupakan episod baru dalam hidup aku memulakan penulisan blog. Inilah harinya aku menyertai jutaan lagi manusia di dunia ini yang telah lama menulis blog. Walaupun aku terlambat berbanding mereka, tapi masih belum terlambat untuk aku memulakannya, menyertai dunia baru, media baru dalam berkongsi dan menyalurkan maklumat secara pantas dan berkesan. Tujuan utama aku menulis blog ini untuk berkongsi pengalaman hidup sejak saat aku menyedari bahawa aku hidup di dunia ini. Selain itu, ingin juga aku kongsi momen-momen indah semasa merantau dan menjelajah di tempat orang. Namun, wacana ilmiah tidak akan dilupakan. InsyaAllah akan aku update dari semasa ke semasa bergantung pada tahap kerajinan. Wassalam..