Mari kita singkap semula memori kenangan silam. Agak-agaknya apakah peristiwa terawal yang menyedarkan bahawa kita telah hidup di dunia ini? Adakah kita pernah terfikirkan hal ini? Bagi saya, peristiwa terawal yang masih ada kotak memori ialah pada usia tiga tahun, saya menangis sambil berlari-lari sebab nak ikut abang-abang bermain layang-layang sehingga terjatuh ditangga. Kesannya masih ada dibawah bibir ini. Beberapa peristiwa lain juga masih tersimpan kemas dalam memori ini. Bagaimana dengan anda? Kongsikan di sini jika ada.
Imej dipetik dari: http://itempoeti.files.wordpress.com/2009/04/layang-layang.jpg