*Pemandangan indah menuju ke Jungfraujoch (Top of Europe), Switzerland.

Jumaat, 6 Disember 2013

TWU - BKI via Kalabakan / Keningau / Tambunan.

Selesai program di Tawau selama tiga hari dan akan sambung berprogram di Kota Kinabalu beberapa hari. Kebetulan memandu sendiri ke Tawau tempoh hari, kali ini mahu cuba ke Kota Kinabalu melalui Kalabakan, Keningau dan Tambunan. 

Kali kedua guna laluan ini tapi kali pertama memandu sendirian dan di siang hari - bolehlah menikmati pemandangan sepanjang perjalanan nanti. Kalau dulu melalui jalan ni pada waktu malam dan berteman. 

Papan tanda jarak yang hampir tiada, meninggalkan tanda tanya berapa lamakah perjalanan ini akan mengambil masa. Jadi, sebelum memulakan perjalanan, setting trip mileage, dan masa.

12.35pm - Memulakan perjalanan dari Jalan Utara, Tawau menuju ke Kalabakan. 





Burung-burung mengiringi permusafiran.

Kondisi jalan raya semakin baik berbanding pengalaman kali pertama dulu tahun 2010. Walaupun beberapa kawasan 'tradisi' tanah runtuh seolah-olah tak dapat dibaik pulih.




Beberapa lencongan disebabkan tanah runtuh.



 
Jalan raya yang elok. 

Masih terdapat laluan sejauh +-40km yang masih belum berturap. Walau bagaimanapun jalan gravel yang halus boleh dikatakan agak selesa untuk memandu laju. 






Akhir penderitaan..

Jalan ini sunyi. Tak banyak kenderaan biasa yang gunakan laluan ni. beberapa kali saja terserempak dengan kereta dan motor. Cabaran utama untuk kekalkan jalan dalam keadaan baik ialah lori balak.





Tempat menarik yang ada di sepanjang laluan ini (menarik ke) antaranya; Taman Bukit Tawau, Tugu Peringatan Kalabakan, Asiatic Organic Farm & Longhouse Resort, Maliau Basin Conservation Area, Tugu Peringatan Mat Salleh, Pusat Penerangan Rafflesia dan bla bla bla..

Dalam perjalanan ni tak sempat nak singgah semua tempat. Jadi, yang tak singgah tu snap2 dari dalam kereta je signboardnya.


KM16 - Taman Bukit Tawau 



+- KM70 - Tugu Peringatan Kalabakan. Konfrontasi Indonesia terhadap penubuhan Malaysia turut berlaku di Kalabakan. Tentera Indonesia telah menyerang hendap pos tentera Malaysia di Kalabakan pada malam 29 Disember 1963 dan telah mengorbankan 8 wira negara.

 
Shot tak jadi. Apa pun, ni ialah Asiatic Organic Farm Longhouse & Resort. Maklumat lanjut boleh baca blog cewek ni 

http://nurhafsahamboupe.blogspot.com/2013/09/asiatic-organic-farm-longhouse-resort.html?m=1

+-KM 163 - Maliau Basin Conservation Area 






Sebaik menjejakkan kaki keluar, terasa suasana amat mendamaikan. Kicauan unggas jelas kedengaran dan bersahut-sahutan. Tidak berkesempatan nak jelajah seluruh kawasan konservasi masa ni, harap-harap ada peluang satu hari nanti. 

Untuk info lanjut: http://www.maliaubasin.info/

 
Setelah memandu +-220KM perjalanan masih berbaki 252KM. Baru jelas, perjalanan ni sejauh +-470KM.


 
Sekolah panjang, Kg Salarom Taka, Nabawan.


Sapulut Forest Development.


Hotel Juta, Keningau. 5.45pm baru sampai ke Keningau. 



Tugu Peringatan Mat Salleh dan Pusat Penerangan Rafflesia di Tambunan.

 
Penampang.


Selamat datang ke Kota Kinabalu! Perjalanan dari Tambunan diiringi dengan hujan sekejap-sekejap renyai dan lebat. 

8.35pm, selamat sampai ke KK setelah menempuh 8 jam perjalanan merentasi laluan sejauh +-470KM. Harap-harap kualiti jalan raya di sepanjang laluan ni akan terus ditambah baik dari semasa ke semasa untuk kemudahan rakyat jelata.

Selasa, 3 Disember 2013

LDU - TWU via Kunak

Mengimbau semula kali pertama datang ke sini lima tahun lalu. Kenangan manis menghiris kalbu.


Pelangi indah muncul seketika..