*Pemandangan indah menuju ke Jungfraujoch (Top of Europe), Switzerland.

Sabtu, 5 Mac 2011

Balik Kampung via TBS-BTS

04.03.2011 - Sekali lagi menempuh perjalanan panjang untuk pulang ke kampung. Dari Tawau berlepas dengan penerbangan MH2665 STD 1750 dan ETA 2035 di KLIA. Mendapat info daripada rakan, untuk ke selatan dengan menaiki bas ekspress telah sepenuhnya beroperasi di TBS-BTS ~ Terminal Bersepadu Selatan Bandar Tasik Selatan. Kali pertama, terpinga-pinga dan berdebar sebab kaunter ke johor tidak menunjukkan destinasi ke Kluang. Rupanya masih terdapat kaunter di bahagian belakang. Menaiki S & S International Ekspress, STD 2300 dan ETA 0230 + 1 hari (GMT+08:00) Kuala Lumpur di Air Hitam (betul-betul depan rumah).



Jadual Perlepasan TBS-BTS
 


Menanti Perlepasan
 


Add caption
 


Selesa dan kondusif
 



1Malaysia Troli
 


Kluang destinasiku
 Untuk masuk ke pintu perlepasan juga dihadkan kepada pemegang tiket yang sah sahaja. Tidak boleh orang lain ikut masuk walaupun membawa ahli rombongan untuk menghantar. Sangat berorientasikan perkhidmatan di Lapangan Terbang. Cuma, bagasi anda tidak perlu di imbas!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan