*Pemandangan indah menuju ke Jungfraujoch (Top of Europe), Switzerland.

Isnin, 13 Februari 2012

Detective Conan: Confrontation with the Men in Black


Sabtu lepas, pertama kali tengok Detective Conan versi live action. Tak pernah tahu pun sebelum ni ada versi tersebut.

Drama aksi yang pertama memberi tumpuan kepada Shinichi Kudo, pelajar sekolah tinggi sebelum dia bertukar kepada Conan.

Sedikit sinopsis, selepas makan sekeping kek, Conan dan Aibara bertukar kembali ke umur biasa, menjadi Shinichi Kudo. Shinichi mempunyai masa yang terhad sebelum dia bertukar kembali kepada Conan. Konflik berlaku apabila Shinichi berjumpa dengan Ran setelah lama 'hilang' sedangkan dia sentiasa bersama Ran sebagai Conan. Salah faham berlaku apabila Ran menyangka Shinichi mempunyai hubungan dengan Aibara (Hairi). Aibara beriya-iya mahu mencari penawar untuk kembali kekal dewasa. Dia menjadi buruan Men in Black apabila muncul secara tidak sengaja di kaca tv semasa pembunuhan Ratu Cantik Jepun.

Shinichi berusaha menyelamatkan Aibara daripada kumpulan tersebut. Dengan masa berlalu pantas, Shinichi perlu menyelesaikan misteri pembunuhan Karen, seorang ratu cantik dalam masa sama mahu menyelamatkan Aibara dan mengelak daripada Men in Black. Detik-detik cemas berterusan sehinggalah Shinichi terselamat daripada bilik hotel yang meletup apabila dia bertukar menjadi Conan. Aibara juga bertukar menjadi kanak-kanak.

Layan juga drama dua jam ni. Boleh dapat ke video-video cerita ni? Sempat snap babak-babak di tv je.

Shinichi Kudo baru membesar selepas makan sepotong kek

Shinichi Kudo
Ran Maori
Professor Agasa
Penyiasat terkemuka Maori
Ran bersama Professor Agasa
Professor Agasa, Shinichi Kudo & Aibara
Aibara dah mengecil semula
Shinichi bertukar menjadi Conan, menyelamatkan diri melalui lubang
pembersihan daripada letupan bilik hotel.
Conan merenung Ran dari 'kaca mata' Shinichi Kudo.
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu
Conan membayangkan dirinya sebagai Shinichi di sisi Ran 
Sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu..
Madah pembunuh dalam siri ini:
"Kami pernah saling mempercayai. Bila dah berjauhan perasaan itu berubah menjadi hanya kisah dongeng..."

Ahad, 12 Februari 2012

Pasar Tani di Pagi Ahad


Mengisi pagi Ahad yang memberangsangkan ini dengan meninjau-ninjau Pasar Tani di bandar Lahad Datu. 
Pasar Tani di Lahad Datu
Macam-macam ada dijual di sini, beraneka jenis flora dan fauna, makanan, periuk belanga dan sebagainya.


Pokok hiasan
Burung puyuh
Anak itik tok wi
Hamster dan kura-kura pun ada
Arnab juga tidak dilupa
Betta Bellica dan lain-lain ikan hiasan. Baru tengok di Majalah 3 malam tadi

Keropok lekor dan aneka kuih-muih

Kalau periuk belanga di rumah dah bocor boleh cari ganti di sini.

Sasaran pagi ni tiga benda je. Kerepek pisang tanduk, kedondong asam, dan sasaran utama, cempedak goreng.


Pertanian adalah perniagaan. Sekadar memetik kata-kata Perdana Menteri yang prihatin terhadap golongan nelayan dan petani katanya:
“ Saya sentiasa mahukan pentadbiran Kerajaan ini prihatin terhadap keluh resah dan rintihan golongan seperti petani dan nelayan. Kita faham akan jerih payah mereka menongkab arus kehidupan, memugar tanah dan bergelut d
engan badai demi mencari rezeki ..."

YAB DATO’ SRI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK
Perdana Menteri Malaysia

Selamat berhujung minggu...

Jumaat, 10 Februari 2012

Milo Fuze 3 in 1

Idea tiga pagi. Bangun tidur nampak ada milo 3 in 1 dan iron. Timbul pula idea nak buat milo iron. Caranya mudah sahaja. Bahan-bahan dan peralatannya:

1 stik Milo Fuze 3 in 1 atau lain-lain jenis.
1 seterika.
1 kain pelapik.

Seterika saja milo tersebut dengan berlapikkan kain seperti gambar di bawah. Jangan seterika milo secara terus kerana plastik milo tersebut akan cair dan milo iron anda akan gagal. Terbalikkan milo dan seterika berulang kali sehingga ianya keras. Biarkan sejuk. HATI-HATI sebab plastik milo yang diseterika amat panas.


Bahan dan peralatan untuk membuat Milo Iron.
Setelah sejuk, bolehlah dimakan begitu sahaja. Ianya rangup dan sedap. Crunchy and yummy! Tidak pasti kesan jangka panjang terhadap kesihatan disebabkan tindakbalas haba terhadap plastik makanan. Tapi, ini adalah kali pertama membuatnya setelah 10 tahun! Sekali sekala tidak mengapa agaknya.

Milo Fuze 3 in 1 yang siap diseterika dan sedia untuk dimakan.
 Bolehlah cuba sendiri di rumah. Kalau nak gunakan produk instant yang lain seperti kopi ginseng tongkat ali, kacip fatimah dan sebagainya terpulang kepada selera masing-masing. Tapi saya tak pernah buat.