*Pemandangan indah menuju ke Jungfraujoch (Top of Europe), Switzerland.

Isnin, 13 Februari 2012

Detective Conan: Confrontation with the Men in Black


Sabtu lepas, pertama kali tengok Detective Conan versi live action. Tak pernah tahu pun sebelum ni ada versi tersebut.

Drama aksi yang pertama memberi tumpuan kepada Shinichi Kudo, pelajar sekolah tinggi sebelum dia bertukar kepada Conan.

Sedikit sinopsis, selepas makan sekeping kek, Conan dan Aibara bertukar kembali ke umur biasa, menjadi Shinichi Kudo. Shinichi mempunyai masa yang terhad sebelum dia bertukar kembali kepada Conan. Konflik berlaku apabila Shinichi berjumpa dengan Ran setelah lama 'hilang' sedangkan dia sentiasa bersama Ran sebagai Conan. Salah faham berlaku apabila Ran menyangka Shinichi mempunyai hubungan dengan Aibara (Hairi). Aibara beriya-iya mahu mencari penawar untuk kembali kekal dewasa. Dia menjadi buruan Men in Black apabila muncul secara tidak sengaja di kaca tv semasa pembunuhan Ratu Cantik Jepun.

Shinichi berusaha menyelamatkan Aibara daripada kumpulan tersebut. Dengan masa berlalu pantas, Shinichi perlu menyelesaikan misteri pembunuhan Karen, seorang ratu cantik dalam masa sama mahu menyelamatkan Aibara dan mengelak daripada Men in Black. Detik-detik cemas berterusan sehinggalah Shinichi terselamat daripada bilik hotel yang meletup apabila dia bertukar menjadi Conan. Aibara juga bertukar menjadi kanak-kanak.

Layan juga drama dua jam ni. Boleh dapat ke video-video cerita ni? Sempat snap babak-babak di tv je.

Shinichi Kudo baru membesar selepas makan sepotong kek

Shinichi Kudo
Ran Maori
Professor Agasa
Penyiasat terkemuka Maori
Ran bersama Professor Agasa
Professor Agasa, Shinichi Kudo & Aibara
Aibara dah mengecil semula
Shinichi bertukar menjadi Conan, menyelamatkan diri melalui lubang
pembersihan daripada letupan bilik hotel.
Conan merenung Ran dari 'kaca mata' Shinichi Kudo.
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu
Conan membayangkan dirinya sebagai Shinichi di sisi Ran 
Sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu..
Madah pembunuh dalam siri ini:
"Kami pernah saling mempercayai. Bila dah berjauhan perasaan itu berubah menjadi hanya kisah dongeng..."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan