*Pemandangan indah menuju ke Jungfraujoch (Top of Europe), Switzerland.

Khamis, 22 Mac 2012

BALI - Day 2 - Pantai Legian

0700 - Selepas big breakfast di hotel, kami decide untuk berjalan kaki mengambil angin ke pantai dan sekitar jalan Legian.. Biasa je.. Pasirnya tak cantik mana pun. Hitam kearangan, namun sangat landai menganjur ke tengah laut. Gelora ombak yang membadai kuat ke pantai menjadikan Bali tempat yang sesuai untuk sukan luncur air. Boleh juga memilih untuk belajar surfing kalau mahu. Tetapi tidak bagi kami. Terdapat banyak deretan kedai, hotel, resort dan spa di kiri kanan jalan. Pemandangan ini tidak putus-putus di setiap simpang siur jalan di Kuta, Legian sampailah ke Seminyak.




Antara resort berdekatan dengan hotel kami. Di mana-mana kenderaan masuk kena  scan kalau-kalau ada bom.



Pantai Legian
Harga ditawarkan sekitar Rp250.000++ untuk satu sesi selama 1-2 jam.




Hotel Amaris dan lain-lain premis yang terletak di  Jalan Padma Utara.

Antara deretan kedai di sekitar kawasan pantai Legian.
Jalan-jalan cuci mata pagi ni walau bagaimanapun tak berapa lancar dek hujan lebat yang turun dengan tiba-tiba. Jadi, balik ke bilik dan googling apa yang patut untuk aktiviti pada petang nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan