Yakin bukan mungkin
Pasti tiada sangsi
Tepat tidak ralat
Benar jangan tersasar
Lurus berjalan terus
Bulat tetapkan tekad
*Pemandangan indah menuju ke Jungfraujoch (Top of Europe), Switzerland.
Khamis, 24 Februari 2011
Jumaat, 18 Februari 2011
Tak Cantik
Walaupun tulisan tak cantik
Tapi hati baik
Walaupun zahir nampak menarik
Siapa nampak benang tercarik
Di luar nampak sempurna
Siapa tahu di dalam gundah gulana
Nampak tenang bagai tiada apa
Siapa sangka jiwa memberontak hati bergelora
Tapi hati baik
Walaupun zahir nampak menarik
Siapa nampak benang tercarik
Di luar nampak sempurna
Siapa tahu di dalam gundah gulana
Nampak tenang bagai tiada apa
Siapa sangka jiwa memberontak hati bergelora
Hari Kedua [London - Prague, Czech Republic - Frankfurt, Germany]
01.10.2009 - Here we come! Hari baru telah bermula. Berbekalkan jet lag yang belum kebah, terpaksa rela menggagahkan diri bangun seawal jam 2.00 pagi, tak sampai 1 jam dapat melelapkan mata sekadar tidur-tidur ayam. Pada waktu ini, cuaca di London sejuk sepoi-sepoi bahasa saja sesuai dengan keadaannya yang sedang mengalami pertengahan musim luruh kalau tidak silap lah.
Misi hari ini boleh disimpulkan sebagai:
Breakfast di London
Lunch di Prague, Czech Republic &
Dinner di Frankfurt, Germany
Czech Airlines dari jendela penerbangan easyJet. Ketibaan di Praha (PRG) Ruzyne Airport sementara menunggu proses evakuasi. |
Berlepas dari London, Prague menjadi destinasi utama pada hari ini sebelum berlepas ke Frankfurt pada sebelah malamnya.
Bagaimana ke sana? Begini:
- Dari rumah Adli, menaiki bas merah bersilih ganti seawal jam 3.00 pagi. Dianggarkan tiba ke Victoria Station pada jam 4.00 pagi.
- Ambil bas National Express ke London (STN) Stansted Airport, tempat sama ketibaan semalam. Boleh juga ambil bas Greenline atau Terravision - mana yang lebih dahulu. Masa itu emas!
- Kemudian, dengan penerbangan easyJet dan RYANAir:
- Flight 3065 London Stansted (01 Okt 2009, 06:25) KE Prague (PRG) Ruzyne (01 Okt 2009 09:15)
- Flight FR9877 Prague (PRG) Ruzyne (01 Okt 2009 20:20) KE Frankfurt (HHN) (01 Okt 2009, 21:30)
Apa menarik di Prague a.k.a Praha? Diiktiraf sebagai 'World Heritage Site' oleh UNESCO pada tahun 1992, Prague menawarkan pemandangan senibina klasik dan unik yang dipengaruhi nilai kebudayaan yang tinggi. Bandar ini di bangunkan antara kurun ke-11 hingga 18 pernah musnah teruk dalam Perang Dunia Pertama tetapi dibangunkan semula selepas itu. Seni bina bangunannya mewakili beberapa zaman dan ada di antaranya sudah tersergam sejak sebelum Masihi lagi.
Tambah pembacaan: http://www.praha.eu/jnp/en/home/index.html http://whc.unesco.org/en/list/616 |
Hari Pertama (KLIA-LCCT ke London, Stansted )
30.09.2009 - Hari yang ditunggu telah tiba. Kali pertama aku 'mengembara' ke luar negara dan destinasi pertama - London, United Kingdom. Dari Malaysia, aku mulakan perjalanan bersendirian, berseorangan dan kesepian sehinggalah bertemu kawan lama di London nanti.
Terima kasih Luqman dan Osman yang telah menghantar ke LCCT. |
Bersarapan dahulu di McDonald, LCCT. |
Bagaimana ke sana?
Dengan penerbangan AirAsiaX:
AirAsiaX gah di udara |
D72006 KLIA-LCCT (KUL), 30 Sep 2009, 0950 KE
London (STN) Stansted,30 Sep 2009, 1650.
D72009 London (STN) Stansted Airport, 24 Okt 2009, 0125 KE
KLIA-LCCT (KUL), 24 Okt 2009, 2125.
Penerbangan mengambil masa lebih 12jam sangat memenatkan dengan perjalanan Timur ke Barat pada waktu pagi akan mengharungi siang yang panjang. Setelah tidur dan jaga buat kesekian kalinya, dapat aku abadikan gambar pemandangan dari atas pesawat. Sambil-sambil hilangkan kebosanan dan ketegangan urat saraf.
Salju meliputi gunung ganang di Banjaran Himalaya a (Nepal) agaknya. |
Gunung nya begitu menyerlah sama ada ia memang tinggi atau pesawat terbang rendah. Rasanya memang gunung tu tinggi sebab beransur-ansur daratan menghilang tanpa pesawat mendaki lebih tinggi. |
Di atas ruang udara Pakistan mungkin. Berdasarkan route yang dimaklumkan oleh kapten di awal penerbangan. |
Ruang udara Stansted, London. Beberapa minit sebelum pendaratan. Dikelilingi ladang-ladang. Kira 'pedalaman' London la Stansted ni. |
Stansted, London. |
Seperti dijadualkan, ketibaan di London Stansted Airpot (STN), hampir tepat pada 1650, dan setelah melepasi pemeriksaan imigresen, aku tercari-cari pengangkutan awam untuk ke Victoria Station, London. Walaupun Pak Din a.k.a Naqi dah bagi instruction, masih blur, maklumlah kali pertama ke London malah ke luar negara apatah lagi berseorangan.
Solusinya, aku naik bas National Express dari airport ke Victoria dengan tambang GBP10.00 dan mengambil masa sekitar sejam setengah untuk sampai. Untuk pelbagai pilihan pengangkutan awam bolehlah semak di http://www.londontoolkit.com/travel/stansted_airbus.htm dan lain-lain laman berkaitan.
Ni lah bas National Express nya. |
Sekitar jam 7.00 petang atau lebih aku tiba di Victoria Station mencari port melepak di McD sementara menunggu Naqi datang menjemput. Betapalah gusarnya menunggu seorang diri di tempat asing, sehingga akhirnya muncul juga kelibat Naqi walaupun waktu menunjukkan hampir tengah malam. Lama sungguh menunggu. Dengan menaiki bas double decker silih berganti, akhirnya tiba juga di rumah kawan Naqi iaitu Adli sekitar jam 1.00 pagi. Di rumahnya lah aku menumpang teduh kerana Naqi dah pun pindah keluar dari rumahnya untuk pulang ke Malaysia setelah tamat pengembaraan kami nanti.
Victoria Station |
Penat dengan perjalanan yang panjang? Of course!! tambahan pula dilanda jet lag, sempat juga melelapkan mata seketika sebelum meneruskan perjalanan pada esok hari.
Hey, pengembaraan ini baru sahaja bermula!
Khamis, 17 Februari 2011
Fasa Kehidupan (sambungan)
Seiring peredaran masa dan zaman, kini aku hampir menginjak usia 27 tahun. Telah berlalu zaman ‘gila-gila remaja’ menuju ke alam dewasa yang penuh tanggungjawab dan kewajipan yang lebih besar sebelum sampia ke fasa warga emas sekiranya di panjangkan usia. Semoga diiring juga kesihatan dan keberkatan hidup hendaknya. begitulah fasa-fasa kehidupan kita di dunia ini, melalui fasa menjadi seorang bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas.
Baru dilahirkan |
Setahun dan dua tahun |
dua, tiga dan lapan tahun |
Sesungguhnya, kehidupan di dunia merupakan alam ketiga sebelum kita menuju alam akhirat yang kekal abadi. Adakah kita masih ingat pada kehidupan kita di alam yang pertama - di Luh Mahfuz? Pastinya tiada siapa mampu mengingatinya sedangkan di alam tersebutlah kita telah mematri primordial contract, melafazkan akujanji, sumpah taat setia dan pengakuan bahawa sesungguhnya tiada tuhan yang layak disembah melainkan ALLAH dan sesungguhnya Nabi Muhammad ialah pesuruh Allah.
Setelah itu, ditiupkan pula ruh ke dalam jasad semasa di alam rahim setelah melalui proses biologi atas nama cinta antara ibu dan bapa yang pada kebiasaannya mengambil tempoh sembilan bulan sebelum kita dapat melihat alam ketiga - alam dunia yang penuh ujian dan tribulasi. Dua alam ini merupakan alam yang kita tidak pernah sedar dan mengingatinya tetapi telah difirmankan akan keabsahannya. Alam dunia merupakan fasa terpenting bagi manusia diuji dan melaksanakan taklifannya untuk menentukan hala tuju dan perhitungannya di alam yang terkemudian.
Beruntunglah bagi sesiapa yang melaksanakan amal kebajikan bertunjangkan keimanan dan ketakwaan terhadap Allah. Sia-sialah pula amal kebajikan tanpa disulami keimanan dan ketakwaan kepada Allah kerana iman menjadi prasyarat bagi setiap amalan diterima oleh Allah s.w.t. Kerugian yang besar bagi manusia yang mempunyai iman walau sebesar biji sawi tetapi tidak melaksanakan amal kebajikan kerana tiada hasil yang boleh dituai dan dihitung bagi memberatkan timbangan pahalanya kelak.
Segala amalan di sini akan dihitung bagi menentukan di mana selayaknya tempat kita nanti di alam akhirat kelak. Pintu taubat masih terbuka untuk kita semua selagi nyawa belum sampai di halkum atau selagi matahari tidak terbit dari barat. Alam keempat - alam barzakh merupakan alam transit untuk beristirehat bagi yang beramal soleh di dunia dan alam penuh kesengsaraan bagi pelaku maksiat yang tidak bertaubat dan memohon keampunan dari Allah.
Mudah dan bahagianya kita di alam ini akan memudahkan perjalanan kita ke alam seterusnya. Susah dan sengsaranya kita di alam ini akan menyusahkan dan membuatkan perjalanan kita ke alam seterusnya penuh dengan kesengsaraan. Sesungguhnya inilah fasa kehidupan kita melalui lima alam yang telah ditentukan untuk diuji sejauh mana ketahanan kita terhadap ujian yang diturunkanNya. Di mana kita akan ditempatkan kelak hanya Allah yang tahu bergantung kepada apakah amalan kita selama hidup di dunia ini serta syafaat Nabi Muhammad dan rahmat Allah jua diharapkan melimpahi dan melindungi kita semua.
Langgan:
Catatan (Atom)