*Pemandangan indah menuju ke Jungfraujoch (Top of Europe), Switzerland.

Jumaat, 18 Februari 2011

Hari Kedua [London - Prague, Czech Republic - Frankfurt, Germany]

01.10.2009 - Here we come!  Hari baru telah bermula. Berbekalkan jet lag yang belum kebah, terpaksa rela menggagahkan diri bangun seawal jam 2.00 pagi, tak sampai 1 jam dapat melelapkan mata sekadar tidur-tidur ayam. Pada waktu ini, cuaca di London sejuk sepoi-sepoi bahasa saja sesuai dengan keadaannya yang sedang mengalami pertengahan musim luruh kalau tidak silap lah.

Misi hari ini boleh disimpulkan sebagai:
Breakfast di London
Lunch di Prague, Czech Republic &
Dinner di Frankfurt, Germany



Czech Airlines dari jendela penerbangan easyJet. Ketibaan di Praha (PRG) Ruzyne Airport sementara menunggu proses evakuasi.

Berlepas dari London, Prague menjadi destinasi utama pada hari ini sebelum berlepas ke Frankfurt pada sebelah malamnya.
  
Bagaimana ke sana? Begini:
  1. Dari rumah Adli, menaiki bas merah bersilih ganti seawal jam 3.00 pagi. Dianggarkan tiba ke Victoria Station pada jam 4.00 pagi.
  2. Ambil bas National Express ke London (STN) Stansted Airport, tempat sama ketibaan semalam. Boleh juga ambil bas Greenline atau Terravision - mana yang lebih dahulu. Masa itu emas!
  3. Kemudian, dengan penerbangan easyJet dan RYANAir:
    • Flight 3065 London Stansted (01 Okt 2009, 06:25) KE Prague (PRG) Ruzyne (01 Okt 2009 09:15)
    • Flight FR9877 Prague (PRG) Ruzyne (01 Okt 2009 20:20) KE Frankfurt (HHN) (01 Okt 2009, 21:30)
Apa menarik di Prague a.k.a Praha? Diiktiraf sebagai 'World Heritage Site'  oleh UNESCO pada tahun 1992, Prague menawarkan pemandangan senibina klasik dan unik yang dipengaruhi nilai kebudayaan yang tinggi. Bandar ini di bangunkan antara kurun ke-11 hingga 18 pernah musnah teruk dalam Perang Dunia Pertama tetapi dibangunkan semula selepas itu. Seni bina bangunannya mewakili beberapa zaman dan ada di antaranya sudah tersergam sejak sebelum Masihi lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan