*Pemandangan indah menuju ke Jungfraujoch (Top of Europe), Switzerland.

Jumaat, 18 Februari 2011

Hari Pertama (KLIA-LCCT ke London, Stansted )

30.09.2009 - Hari yang ditunggu telah tiba. Kali pertama aku 'mengembara' ke luar negara dan destinasi pertama - London, United Kingdom. Dari Malaysia, aku mulakan perjalanan bersendirian, berseorangan dan kesepian sehinggalah bertemu kawan lama di London nanti. 


Terima kasih Luqman dan Osman yang telah menghantar ke LCCT.

Bersarapan dahulu di McDonald, LCCT.

Bagaimana ke sana?

Dengan penerbangan AirAsiaX:

AirAsiaX gah di udara
D72006 KLIA-LCCT (KUL), 30 Sep 2009, 0950 KE 
              London (STN) Stansted,30 Sep 2009, 1650.

D72009 London (STN) Stansted Airport, 24 Okt 2009, 0125 KE
              KLIA-LCCT (KUL), 24 Okt 2009, 2125.

Penerbangan mengambil masa lebih 12jam sangat memenatkan dengan perjalanan Timur ke Barat pada waktu pagi akan mengharungi siang yang panjang. Setelah tidur dan jaga buat kesekian kalinya, dapat aku abadikan gambar pemandangan dari atas pesawat. Sambil-sambil hilangkan kebosanan dan ketegangan urat saraf.


Salju meliputi gunung ganang di Banjaran Himalaya a (Nepal) agaknya.


Gunung nya begitu menyerlah sama ada ia memang tinggi atau pesawat terbang rendah. Rasanya memang gunung tu tinggi sebab beransur-ansur daratan menghilang tanpa pesawat mendaki lebih tinggi.
Di atas ruang udara Pakistan mungkin. Berdasarkan route yang dimaklumkan oleh kapten di awal penerbangan.
Ruang udara Stansted, London. Beberapa minit sebelum pendaratan. Dikelilingi ladang-ladang. Kira 'pedalaman' London la Stansted ni.
Stansted, London.

Seperti dijadualkan, ketibaan di London Stansted Airpot (STN), hampir tepat pada 1650, dan setelah melepasi pemeriksaan imigresen, aku tercari-cari pengangkutan awam untuk ke Victoria Station, London. Walaupun Pak Din a.k.a Naqi dah bagi instruction, masih blur, maklumlah kali pertama ke London malah ke luar negara apatah lagi berseorangan.

Solusinya, aku naik bas National Express dari airport ke Victoria dengan tambang GBP10.00 dan mengambil masa sekitar sejam setengah untuk sampai. Untuk pelbagai pilihan pengangkutan awam bolehlah semak di http://www.londontoolkit.com/travel/stansted_airbus.htm dan lain-lain laman berkaitan.

Ni lah bas National Express nya.
Sekitar jam 7.00 petang atau lebih aku tiba di Victoria Station mencari port melepak di McD sementara menunggu Naqi datang menjemput. Betapalah gusarnya menunggu seorang diri di tempat asing, sehingga akhirnya muncul juga kelibat Naqi walaupun waktu menunjukkan hampir tengah malam. Lama sungguh menunggu. Dengan menaiki bas double decker silih berganti, akhirnya tiba juga di rumah kawan Naqi iaitu Adli sekitar jam 1.00 pagi. Di rumahnya lah aku menumpang teduh kerana Naqi dah pun pindah keluar dari rumahnya untuk pulang ke Malaysia setelah tamat pengembaraan kami nanti.

Biasa dilihat
Victoria Station
Penat dengan perjalanan yang panjang? Of course!! tambahan pula dilanda jet lag, sempat juga melelapkan mata seketika sebelum meneruskan perjalanan pada esok hari.

Hey, pengembaraan ini baru sahaja bermula!

2 ulasan: